18 November 2012


Custom Glitter Text





Gigi merupakan salah satu bahagian terpenting pada tubuh badan kita. Kalaulah kita tak ada gigi, tentu susah untuk mengunyah makanan. Nasib baik ada gigi palsu untuk digunakan sebagai pengganti gigi tue. Gigi nie jugak merupakan aset terpenting bagi manusi sebabnya ia terletak di mulut dan manusia menggunakan mulut untuk bercakap. Jika gigi tidak dijaga dengan rapi,maka kuranglah manusia untuk senyum..bukan apa, takut orang lihat giginya yang telah buruk.
Untuk menjaga dan menjadikan gigi kita nie cantik, bersinar dan berseri, terdapat beberapa tips yang boleh korang ikuti. Moga-moga dengan tips nie korang senyum memanjang 24 jam, sebab nak tayang gigi korang yan cantik, berseri dan bersinar tue…
PEMAKANAN
Kalau boleh korang kurangkan makan makanan yang boleh melekat kat gigi korang. Contoh coklat ke, biskut ke atau apa-apa makanan yang bila korang makan, korang terpaksa cungkil gigi korang sebab benda tue melekat kat gigi. Bukan tak boleh makan ye, Cuma kurangkan sahaja..Kalau korang nak makan jugak, lebih baik selepas korang makan tue, korang minum air putih dan seelok-eloknya korang berkumurlah. Berkumur nie dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
BERUS GIGI
Nak gigi yang cantik mestilah korang kena sentiasa berus gigi korang. Kalau korang rajin korang gosoklah gigi setiap kali selepas makan. Kalau korang dalam ketegori setengah rajin, gosoklah gigi 3 kali sehari, pagi, tengah hari dan malam. Kalau dah dasyat sangat kemalasan korang, gosoklah gigi 2 kali sehari, selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Tetapi jangan pulak korang terlampau malas sehinggakan korang gosok gigi sekali sehari. Nanti bacteria tue pun tumpang bermalam kat gigi korang sehingga terbentuknya karies. Bahaya tue!!!


FLOSS & INTERDENTAL TOOTHBRUSH
Bagi memudahkan korang membuang sisa makanan yang melekat kat celah gigi, korang boleh gunakan floss dan interdental toothbrush nie. Dua alat nie lebih baik digunakan dari korang gunakan kuku korang..hehehehehe..kalau nak tahu rupa floss dan interdental toothbrush nie, korang tengok gambar kat bawah nie.

ELAKKAN MINUM SODA & BERGAS
Minuman soda dan gas ni mempunyai asid seperti asid citric yang boleh bertindak balas dengan gigi korang dan kemudiannya menghakis permukaan gigi korang. Korang perlu perbanyakkan minum air putih dan susu yang boleh memberikan kekuatan pada gigi korang sekaligus mengelakkan gigi korang daripada buruk.



ELAKKAN MEROKOK
Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan. Bukan setakat membahayakan tubuh badan korang, tetapi turut berbahaya kepada gigi korang.  Merokok merupakan punca utama gigi dan oral tissue musnah. Ia jugak boleh melemahkan gigi yang akhirnya membuatkan gigi mudah raput. Maksudnya cepat patah lah kan..nanti belum capai umur 50, gigi korang semua dah tak da.hahahaha
BUAT CHEK UP 2 KALI SETAHUN
Kalau kita masih kat sekolah ok lah jugak. Sebabnya kat sekolah tiap-tiap tahun mesti ada buat pemeriksaan gigi nie. Bila dah tak sekolah lagi korang kena lah pergi mana-mana hospital atau klinik untuk buat chek up korang punya gigi. Dengan tue korang akan tahu keadaan gigi korang sama ada perlu ditampal, buat scaling ataupun perlu dibuang gigi yang tak elok lagi.

Dengan adanya tips nie diharap korang dapat amalkan untuk menjadikan gigi korang cantik, bersih, bersinar dan berseri. Dengan gigi yang cantik jugak korang mesti dah tak malu-malu nak senyum lagi… 

3 ulasan:

  1. Cikgu Koh, saya akan mengurangkan minuman soda kerana saya telah tahu minuman ini akan mengurangkan kekuatan gigi. Terima kasih atas pengajaran anda !

    BalasPadam
  2. Tabiat berkumur juga akan saya amalkan setiap hari.

    BalasPadam
  3. Bagus, tabiat ini hendaklah diamalkan setiap hari.

    BalasPadam