11 November 2012



APA ITU GIGI SENSITIF?

Gigi sensitif ialah kesakitan yang anda mungkin rasai 
apabila anda memakan atau meminum makanan atau 
minuman yang panas atau sejuk. Anda juga mungkin 
rasa sakit apabila anda menghirup udara sejuk. 
Kesensitifan juga boleh berlaku apabila gusi terpisah 
daripada gigi atau apabila tisu gusi hilang. Kehilangan 
gusi boleh berlaku akibat memberus dengan terlalu 
kuat atau tidak memberus dan memflos dengan kerap.
Apabila kehilangan gusi berlaku, bahagian gigi yang 
berada di bawah aras gusi boleh menjadi terdedah. 
Ini dipanggil akar gigi. Terdapat terowong kecil yang 
mengandungi cecair dan menyambung akar gigi ke 
pusat saraf gigi. Pusat saraf ini dipanggil pulpa. Apabila
haba panas atau sejuk menyentuh terowong tersebut, 
cecair gigi dapat merangsang saraf, lalu mengakibatkan 
kesakitan pada gigi anda.
Kesensitifan juga boleh berlaku jika lapisan permukaan 
gigi yang keras, yang dipanggil enamel, menjadi haus.
Gigi sensitif boleh datang dan pergi. Tetapi jika dibiarkan
ia boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lain 
di dalam mulut anda.
Faktor-faktor berikut boleh menyumbang 
kepada gigi sensitif:
• Memberus dengan terlalu kuat atau menggunakan
berus gigi yang berbulu keras
Ini boleh menyebabkan kehilangan gusi.
• Makanan dan minuman yang bergula dan berasid
  Cola/air soda, jus buah-buahan, dan snek bergula
boleh menyumbang kepada kaviti, yang boleh 
menyebabkan kesensitifan.
• Mengeritkan gigi 
Ini boleh menghauskan permukaan gigi.
• Rawatan atau pembersihan pergigian 
Kesensitifan boleh berlaku selepas rawatan atau
pembersihan pergigian seperti pemutihan gigi. Ia 
biasanya hilang sejurus selepas rawatan berhenti.
Tetapi jika anda risau, bincanglah dengan pakar 
pergigian anda.
Berikut adalah beberapa cara untuk 
membantu mencegah kesensitifan:
• Berus dan flos gigi anda dua kali sehari untuk 
mencegah kehilangan gusi 
  Pastikan anda membersihkan 
semua bahagian mulut, 
termasuk di celah gigi dan 
sepanjang aras gusi.
• Berus dengan perlahanlahan dan guna berus gigi 
yang berbulu lembut
  Ini akan membantu mencegah kehilangan gusi 
dan melindungi enamel anda daripada kehausan.
• Elak makanan dan minuman berasid.
Jika anda masih mengalami kesensitifan, bincanglah 
dengan pakar pergigian anda. Mereka mungkin mempunyai
cadangan lain
Fakta ringkas mengenai gigi sensitif
• Gigi sensitif ialah kesakitan yang anda mungkin
rasai apabila anda memakan atau meminum
makanan atau minuman yang panas atau sejuk.
• Kesensitifan berlaku apabila gusi terpisah 
daripada gigi atau apabila tisu gusi hilang. Ini 
mendedahkan akar gigi yang berada di bawah 
aras gusi, lalu mengakibatkan kesensitifan.
• Guna berus gigi yang berbulu 
lembut untuk mengelak 
daripada mencederakan 
gusi dan gigi anda. 
• Anda juga boleh bertanya. 
kepada pakar pergigian anda 
mengenai ubat gigi yang 
khusus untuk gigi sensitif