6 November 2012





Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut?

Rambut juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang betul.

Dunia fesyen rambut berkembang setiap minit. Sehubungan itu, ramai pengguna memberi tumpuan terhadap pengayaan semasa. Daripada potongan rambut yang ranggi, mewarnakan rambut dan rawatan stim, pelbagai cara dicuba bagi memastikan diri seiring dengan fesyen rambut terkini.

Sama ada anda seorang 
wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut. "Salah satu cara terbaik untuk mengetahui langkah-langkah tersebut ialah dengan berkunjung ke salon. Mungkin mereka boleh membantu," ujar seorang pakar pendandan rambut terkemuka dari Itali, Rinaldo Rampon.

Ketika rambut anda dibelai di salon, jangan hanya asyik duduk membaca 
majalah atau tidur. Sebaliknya, perhatikan jenis sikat yang digunakan oleh pendandan semasa rambut basah atau rambut dikeringkan.

Pemilihan sikat yang tidak sesuai, boleh menyebabkan anda mengalami keguguran rambut, kerosakan pada kutikel rambut, menghilangkan kelembapan kulit kepala dan lain-lain.

Antara jenis sikat yang 
popular di pasaran ialah sikat bulat, sikat lubang di bahagian tengah, sikat dengan tapak atau bahagian tengah yang luas dan sikat kusyen iaitu dengan tekstur gigi sikat yang lembut.

Biasanya sikat dengan lubang di bahagian tengah digunakan semasa mengeringkan rambut dengan pengering. Bagi merangsang dan menggalakkan pengaliran darah yang lancar, sikat kusyen disyorkan.

"Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan. Sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal tetapi kurang sesuai," jelas Rampon.

Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut.

Sebelum tidur

Kata Rampon, mereka yang tidak suka bersikat terutamanya kaum lelaki yang lebih selesa menggayakan rambut dengan gel dan jari-jemari boleh mengamalkan langkah mudah itu.

Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut. Bagaimanapun, Rampon kurang menyokong idea penggunaan gel rambut.

"Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua."

Satu lagi tip yang dikongsi pada sambutan ulang tahun Acca Kappa ke-140 di Suria KLCC, 
Kuala Lumpur
 baru-baru ini Rampon menggalakkan tabiat menyikat rambut semasa mencuci rambut.



6 ulasan:

  1. cikgu Koh , saya sudah faham kegunaan sikat

    BalasPadam
  2. OK! Saya akan menyikat rambut semasa mencuci rambut.

    BalasPadam
  3. Saya juga akan memberi perhatian tentang rambut dan mengamalkan penjagaan rambut yang betul.

    BalasPadam
  4. Amalan penjagaan rambut penting. Marilah kita amalkan bersama-sama.

    BalasPadam